{"id":3919,"date":"2020-11-04T13:44:32","date_gmt":"2020-11-04T13:44:32","guid":{"rendered":"http:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/?p=3919"},"modified":"2020-11-04T13:44:32","modified_gmt":"2020-11-04T13:44:32","slug":"modal-insan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/2020\/11\/04\/modal-insan-negara\/","title":{"rendered":"Modal Insan Negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Sejajar dengan arus modenisasi, remaja kini dianggap sebagai\naset utama sesebuah negara dalam\nkemajuan dan pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Seperti yang kita sedia\ntahu, remaja merupakan individual yang berusian dari 13 tahun hingga 20-an.\nSaya yang tergolong dalam kategori itu sememangnya merupakan modal insan yang\nbakal menjadi penentu kemajuan negara pada masa depan. Oleh itu, kewajipan\nmengemudikan bahtera negara menongkah arus pemodenan ini sudah menjadi tanduk\ndi kepala yang tidak dapat digelengkan. Persoalannya, apakah\npersediaan-persediaan yang dapat remaja lakukan untuk menjadi modal insan yang\namat diperlukan oleh nusa dan bangsa?<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam era pascamodenisasi\nini, ilmu pengetahuan sudah menjadi salah satu aset dan harta yang tidak\nternilai yang wajib dimiliki oleh setiap orang apatah lagi saya, sebagai remaja,\nbakal menjadi tonggak negara ini. Bagi menimba ilmu dengan sebaik mungkin,\ntidak dapat dinafikan bahawa segala yang diajarkan di sekolah haruslah saya pelajari\ndengan bersungguh-sungguh seperti anai-anai makan kayu. Remaja hendaklah\nsentiasa mengulang kaji pelajaran dan membuat nota-nota ringkas bagi memudahkan\npenimbaan ilmu selain sering melakukan latihan tubi. Lebih-lebih lagi, remaja\nmestilah bertanya kepada guru sekiranya tidak memahami apa-apa yang diajarkan\nkerana malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut. Tegasnya, ilmu\npengetahuan haruslah dinimba dengan bersungguh-sungguh supaya dapat\ndimanfaatkan dalam pembangunan dan kemajuan pada masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Albert Einstein pernah\nberkata bahawa berilmu tanpa agama adalah buta, beragama tanpa ilmu adalah\nlumpuh. Memang tidak dapat disangkal bahawa kepentingan agama adalah setaraf\ndengan ilmu. Oleh itu, remaja perlu berusaha mendekatkan diri mereka dengan\nTuhan kerana pegangan agama yang utuh dapat menjadi benteng dan perisai yang ampuh\nbagi menghalang diri mereka daripada terlibat dalam koncah maksiat dan seterusnya\nterjerumus ke lembah kehinaan. Setiap hari, remaja bersembahyang dan berdoa kepada\nTuhan agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi apa-apa cabaran\ndan segala pancaroba kehidupan. Benarlah bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.\nRemaja juga haruslah mendalami kitab-kitab agama walaupun sibuk dengan kerja sekolah\nkerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Seterusnya, remaja juga digalakkan\nagar bertakwa kepada Tuhan dan memohon ampun daripada-Nya atas segala dara yang\ntelah dilakukan oleh mereka agar diri tidak dikongkong oleh segala perbuatan\nyang telah dilakukan dan fikiran tidak dicelaru sehingga berupaya membinasa\ndiri. Dengan itu, dapatlah remaja menanam keimanan yang tinggi dalam diri\nmereka agar mampu menangkis segala keburukan yang mampu menghancurkan tamadun\nbangsa dan negara. Sedah terang lagi bersuluh bahawa pegangan agama yang kukuh\ndapat melahirkan modal insan yang amat diperlukan oleh ibu pertiwi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam meniti era\nmodenisasi ini, seseorang bukan hanya perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu\nmalah perlu mempunyai kemahiran yang beraneka supaya dapat dijadikan sebagai\nsenjata yang berupaya menumpakan juga kuasa-kuasa yang kuat. Bagi mempelajari kemahiran\ndan ilmu yang tidak hanya merangkumi subjek-subjek yang diajarkan di sekolah\natau silibus dalam buku teks, remaja haruslah menyertai pelbagai kelas-kelas\nkemahiran terutamanya kelas linguistic seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun,\nbahasa Perancis dan bahasa-bahasa asing. Mempelajari bahasa asing tidak\nseharusnya bermakna remaja akan mengetepikan bahasa kebangsaan kerana bahasa-bahasa\nyang dipelajari dapat dijadikan sebagai pedang dalam mengukir kehidupan dan mengorak\nlangkah ke arah kemajuan bangsa dan negara. Bahasa-bahasa tersebut bukan sahaja\nmemperkasakan diri remaja dengan kemahiran yang lebih berbanding orang lain\ntetapi juga dapat digunakan pada masa depan seperti untuk menjalin hubungan\ndiplomatik. Sesungguhnya, sebagai pemimpin negara pada masa depan, saya\nharuslah memperkasakan diri sengan pelbagai kemahiran khususnya dalam bidang\nbahasa supaya mampu menyumbang kepada tanah air tercinta ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Konklusinya,\nsebagai anak adibangsa negara yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara, wajarlah\nsaya melakukan persediaan-persediaan bermula dari saat ini untuk menjadi modal\ninsan negara. Hal ini demikian supaya saya mampu menjadi aset negara dalam\nmembantu negara mengharungi segala halangan dan cabaran lebih-lebih lagi dalam era\nmoden ini. Saya haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam segala persiapan\ndaya itu walaupun serba kekurangan persis peribahasa patah tongkat berjermang. Tanggungjawab\nini bukan hanya terletak pada pundak saya tetapi juga pada bahu setiap remaja\ndi negara ini. Setiap remaja haruslah beriltizam untuk menjadi manusia yang\nholistic dan cemerlang dari setiap aspek, iaitu jasmani, emosi, intelek dan\nrohani. &nbsp;Setiap pihak ibu bapa haruslah\nmemimpin para remaja dalam segala persediaan tersebut dan wajar manjadi uswah\nhasanah yang dapat dicontohi oleh remaja tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah\nyang pragmatik haruslah diakukan demi meningkatkan kesedaran setiap pihak terutamanya\nremaja tentang kewajipan remaja menjadi modal insan negara kearana memang benar\nbahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejajar dengan arus modenisasi, remaja kini dianggap sebagai aset utama sesebuah negara dalam kemajuan dan pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Seperti yang kita sedia tahu,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":87,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_mi_skip_tracking":false},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3919"}],"collection":[{"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/87"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3919"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3919\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3920,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3919\/revisions\/3920"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3919"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3919"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ambassadors.ucsiuniversity.edu.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3919"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}