Modal Insan Negara

Sejajar dengan arus modenisasi, remaja kini dianggap sebagai aset utama sesebuah negara dalam kemajuan dan pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Seperti yang kita sedia tahu, remaja merupakan individual yang berusian dari 13 tahun hingga 20-an. Saya yang tergolong dalam kategori itu sememangnya merupakan modal insan yang bakal menjadi penentu kemajuan negara pada masa depan. Oleh itu, kewajipan mengemudikan bahtera negara menongkah arus pemodenan ini sudah menjadi tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan. Persoalannya, apakah persediaan-persediaan yang dapat remaja lakukan untuk menjadi modal insan yang amat diperlukan oleh nusa dan bangsa?

Dalam era pascamodenisasi ini, ilmu pengetahuan sudah menjadi salah satu aset dan harta yang tidak ternilai yang wajib dimiliki oleh setiap orang apatah lagi saya, sebagai remaja, bakal menjadi tonggak negara ini. Bagi menimba ilmu dengan sebaik mungkin, tidak dapat dinafikan bahawa segala yang diajarkan di sekolah haruslah saya pelajari dengan bersungguh-sungguh seperti anai-anai makan kayu. Remaja hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan membuat nota-nota ringkas bagi memudahkan penimbaan ilmu selain sering melakukan latihan tubi. Lebih-lebih lagi, remaja mestilah bertanya kepada guru sekiranya tidak memahami apa-apa yang diajarkan kerana malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut. Tegasnya, ilmu pengetahuan haruslah dinimba dengan bersungguh-sungguh supaya dapat dimanfaatkan dalam pembangunan dan kemajuan pada masa depan.

Albert Einstein pernah berkata bahawa berilmu tanpa agama adalah buta, beragama tanpa ilmu adalah lumpuh. Memang tidak dapat disangkal bahawa kepentingan agama adalah setaraf dengan ilmu. Oleh itu, remaja perlu berusaha mendekatkan diri mereka dengan Tuhan kerana pegangan agama yang utuh dapat menjadi benteng dan perisai yang ampuh bagi menghalang diri mereka daripada terlibat dalam koncah maksiat dan seterusnya terjerumus ke lembah kehinaan. Setiap hari, remaja bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi apa-apa cabaran dan segala pancaroba kehidupan. Benarlah bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Remaja juga haruslah mendalami kitab-kitab agama walaupun sibuk dengan kerja sekolah kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Seterusnya, remaja juga digalakkan agar bertakwa kepada Tuhan dan memohon ampun daripada-Nya atas segala dara yang telah dilakukan oleh mereka agar diri tidak dikongkong oleh segala perbuatan yang telah dilakukan dan fikiran tidak dicelaru sehingga berupaya membinasa diri. Dengan itu, dapatlah remaja menanam keimanan yang tinggi dalam diri mereka agar mampu menangkis segala keburukan yang mampu menghancurkan tamadun bangsa dan negara. Sedah terang lagi bersuluh bahawa pegangan agama yang kukuh dapat melahirkan modal insan yang amat diperlukan oleh ibu pertiwi.

Dalam meniti era modenisasi ini, seseorang bukan hanya perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu malah perlu mempunyai kemahiran yang beraneka supaya dapat dijadikan sebagai senjata yang berupaya menumpakan juga kuasa-kuasa yang kuat. Bagi mempelajari kemahiran dan ilmu yang tidak hanya merangkumi subjek-subjek yang diajarkan di sekolah atau silibus dalam buku teks, remaja haruslah menyertai pelbagai kelas-kelas kemahiran terutamanya kelas linguistic seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Perancis dan bahasa-bahasa asing. Mempelajari bahasa asing tidak seharusnya bermakna remaja akan mengetepikan bahasa kebangsaan kerana bahasa-bahasa yang dipelajari dapat dijadikan sebagai pedang dalam mengukir kehidupan dan mengorak langkah ke arah kemajuan bangsa dan negara. Bahasa-bahasa tersebut bukan sahaja memperkasakan diri remaja dengan kemahiran yang lebih berbanding orang lain tetapi juga dapat digunakan pada masa depan seperti untuk menjalin hubungan diplomatik. Sesungguhnya, sebagai pemimpin negara pada masa depan, saya haruslah memperkasakan diri sengan pelbagai kemahiran khususnya dalam bidang bahasa supaya mampu menyumbang kepada tanah air tercinta ini.

Konklusinya, sebagai anak adibangsa negara yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara, wajarlah saya melakukan persediaan-persediaan bermula dari saat ini untuk menjadi modal insan negara. Hal ini demikian supaya saya mampu menjadi aset negara dalam membantu negara mengharungi segala halangan dan cabaran lebih-lebih lagi dalam era moden ini. Saya haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam segala persiapan daya itu walaupun serba kekurangan persis peribahasa patah tongkat berjermang. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada pundak saya tetapi juga pada bahu setiap remaja di negara ini. Setiap remaja haruslah beriltizam untuk menjadi manusia yang holistic dan cemerlang dari setiap aspek, iaitu jasmani, emosi, intelek dan rohani.  Setiap pihak ibu bapa haruslah memimpin para remaja dalam segala persediaan tersebut dan wajar manjadi uswah hasanah yang dapat dicontohi oleh remaja tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah yang pragmatik haruslah diakukan demi meningkatkan kesedaran setiap pihak terutamanya remaja tentang kewajipan remaja menjadi modal insan negara kearana memang benar bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.